Ulasan: "Untuk Dia"

Cerpen ini perlu dibaca sehingga penghujungnya.


Cerpen ini agak berat pada peringkat permulaan kerana terdapat ramai watak. Namun, mungkin itu yang ingin disampaikan oleh penulis. Seseorang itu dibentuk bukan sahaja melalui jalan yang dipilihnya. Seseorang itu dibentuk melalui keadaan sekelilingnya yang sering berubah.


Watak utama 'Dia' mungkin terhasil daripada segala kejadian sejak kecil. Perkara yang berlaku pada zaman persekolahannya mungkin telah merakus semangat dan juga jati dirinya. Walaupun persekitaran madrasah yang mengajarkan tentang baik buruk dan segalanya, bukan mudah untuk seseorang itu untuk memahami malah sukar juga untuk mendalami dan menanamkan ilmu itu dalam diri. Seseorang itu juga sering berubah, malah dalam cerita ini timbulnya seakan dua watak dalam seseorang itu. Watak yang hanya inginkan kebenaran dan melaksanakan tugas itu seringkali dihindari oleh watak lagi satu yang sering mempersoalkan pelbagai perkara yang berlaku. Besar kemungkinan juga ini menjadikan seseorang itu seperti mengalami dua perwatakan yang berbeza atau "split personality". Wataknya itu seringkali mengalami dilema dan juga pergolakan perasaan.


Kepada yang akan membaca cerpen ini mungkin akan merasakan bahawa ceritanya sedikit menimbulkan kekeliruan dan keresahan. Tetapi pada saya itulah yang dialami oleh watak ini sepanjang kehidupannya yang penuh dugaan. Wallahu a'lam.


oleh Khairil Bahri