Rentung: Terbakar Sampai Hitam

Penulis memberikan pembaca gambaran dunia yang distopia, mengelilingi pembaca dengan kematian (atau kekurangan kematian) dan seksaan. Pembaca merasa tidak selesa dan bingung kerana penulis tidak memberikan penerangan situasi, cuma penderitaan yang dirasa.


Pertama, seksaan pancaindera. Penulis menggunakan sensasi sentuh dan dengar untuk menggambarkan penderitaan fizikal, “Jasad kaku membatu dihempap runtuhan” (baris 4) dan “Mersik nyarik peluit menjerit gegendang tertuna meleler berdarah” (baris 7-9). Penggunaan visual yang grafik boleh memberikan pembaca sebuah imej yang ganas - sebuah gunung berapi sudah meletus dan manusia tidak diberikan peluang untuk mengelak atau lari. Gambaran ini senang dikaitkan dengan letusan Gunung Vesuvius yang memusnahkan Pompeii, wilayah Italy di tahun 79 A.D. Sebanyak enam belas ribu orang mati akibat letusan Vesuvius. Letusan gunung berapi yang terdahsyat juga dalam sejarah adalah letusan Gunung Tambowa di Sembawa, Indonesia. Dianggarkan seratus ribu orang mati dengan segera setelah letusan. Penderitaan fizikal yang dirasai beribu-ribu manusia yang mati akibat letusan gunung berapi amat malang dan sangat sedih. Apabila sebuah bencana alam besar seperti ini berlaku di depan mata kita, kita mungkin tidak dapat bergerak dan melepaskan segala harapan.


Kedua, seksaan emosi dan mental. Dengan adanya seksaan fizikal yang begitu hebat, manusia mungkin akan kehilangan semangat dan kekuatannya. Dengan kehilangan segala harapan, penulis memaksa pembaca soal apa gunanya moral, maruah bangsa dan agama. Hal-hal kejiwaan seperti ini selalunya memberikan semangat bagi individu, demi mengeratkan tali silaturahim dalam masyarakat ataupun ketaatan kepada Pencipta. Pada masa yang terdesak seperti di ambang kematian, penulis merasakan kerapuhan pegangan jiwa. Nilai moral dan bangsa adalah pembina asas sosial, bermakna kepentingan dan penggunaan alat-alat ini semua terletak dalam tangan manusia. Jika adanya situasi di mana segala pembinaan sosial tidak bermanfaat, bukankah lebih wajar untuk manusia prihatinkan nilai-nilai yang berperikemanusiaan dan menolong alam sekeliling kita?


Keganasan yang dipaparkan oleh penulis membuat pembaca memikir tentang kerapuhan alam semula jadi dan betapa senang manusia boleh terlupa bahawa jika bumi dalam kesakitan, kita pun merana. Penulis juga menyerlahkan bahawa seksaan yang kita alami dalam kehidupan cukup untuk kita gugurkan nilai-nilai murni, dalam masa-masa terdesak. Kita tidak pernah keseorangan dalam kesakitan kita dan masyarakat perlu mengukuhkan usaha untuk menyelamatkan bumi sebelum terlalu terlambat.


oleh Avery