Tarian: Seni Melayu

Ulek Mayang, Joget, Ronggeng, Dondang Sayang dan banyak lagi. Selalunya, kita menganggap seni tarian sebagai sesuatu bentuk hiburan tetapi saya percaya bahawa terdapat lebih banyak ilmu yang kita boleh mendalami di sebalik gerak tarian. Tarian ialah suatu ekspresi tubuh yang mengikut rentak lagu dan irama. Lama-kelamaan, kini, ia telah diinstitusikan oleh manusia sebagai sesuatu badan budaya masing-masing.

Tarian Melayu memiliki tempat yang sangat istimewa dalam hati saya kerana tarian ini merupakan aktiviti kokurikulum (CCA) saya sejak sekolah rendah lagi. Pada pendapat saya menurut pengalaman saya sendiri, tarian Melayu tidak diberikan pengikirafan yang sepatutnya. Untuk memelihara seni tarian, kita mesti mendalami ilmu pengetahuan kita dalam kesenian dan ragam tarian.

Tarian Melayu ialah suatu genre yang kerap berubah dan sering direvolusikan oleh orang muda yang dipimpin oleh tokoh-tokoh tarian. Penari biasanya diperkenalkan kepada lima asas: Asli; Inang; Joget; Masri; dan Silat. Kelima-lima asas tersebut mengajar ragam yang berbeza (walaupun perbezaan antara satu sama lain sering kabur.) Setiap struktur memiliki kelembutan, ritma dan watak yang berlainan – contohnya, bagi tarian berdua, koreografinya mungkin melambang keindahan percintaan antara sepasang anak muda. Ada juga tarian beramai-ramai yang lazimnya menunjukkan semangat bergotong-royong ataupun gurauan-senda.

Berikut lagu-lagu kegemaran saya daripada senarai tarian Melayu asas, sepanjang kajian dan pelatihan saya sendiri sebagai seorang penari.

Asli – Dondang Sayang Melaka https://www.youtube.com/watch?v=uGwWmsi3Roc

Inang – Mak Inang Pulau Kampai https://www.youtube.com/watch?v=MNQxUrE92gA

Joget – Ronggeng https://www.youtube.com/watch?v=UeVuWjn4TCY

Masri – Masri Kerincing https://www.youtube.com/watch?v=IA-duPQpdH4

Tarian Ethnik* – Ulek Mayang https://www.youtube.com/watch?v=lzRuFOwaUx0

Kebanyakan tarian-tarian etnik memiliki unsur-unsur animisme purba, seperti Kuda Kepang, Ma’yong dan Ulek Mayang. Tambahan pula, perkataan ‘persembahan’ terbit daripada perkataan ‘sembah’.


Avery