Surat Cinta bagi Wanita

Wahai kaum hawa tercinta,

engkau berlian

tiada ternilai harganya

sewajarnya engkau disembunyikan

agar tidak menjadi tatapan

dahaga nafsu


Wahai kaum hawa tercinta,

kecantikan kurniaan-Nya

bukan untuk tayangan berlebihan

namun untuk disyukuri

dan disimpan untuk yang halal


Wahai kaum hawa tercinta,

engkau dikurniakan gelaran perhiasan dunia

mujahadahmu untuk menjadi solehah

mengalahkan bidadari syurga

maka usahalah untuk meraih cinta hakiki

Allah dan Rasul-Nya


Wahai kaum hawa tercinta,

tersirat kisahmu di sebalik

kisah-kisah kehidupan

para ibunda umat Islam

Dalam cerita mereka

ada cerita kamu

maka carilah

cerita itu


Wahai kaum hawa tercinta,

usah terpedaya dengan

manisnya kekata

dan lembutnya lidah manusia

kerana di sebaliknya

ada racun

yang berbisa


Jika dia benar-benar sayang,

restu ibu bapa akan dipinta

Jika dia benar-benar kasih,

dituntun bersama ke syurga.


Nurul Aini Binte Ithnin