Simposium

Assalamualaikum Tuan,

Si empunya ilmu berlian,

Tinta Tuhan kau sebarkan,

Masih ada orang yang diendahkan.


Assalamualaikum Tuan,

Aku kempunan perbaiki diri,

Namun wang menjadi hambatan,

Aku tak mampu apalagi VIP.


Assalamualaikum Puan,

Elok sungguh abaya di badan.

Mata melihat dengan hati rawan,

Lapan kali itu wang bulanan.


Assalamualaikum Puan,

Inilah wang ke majlismu,

Tajaan dan gerai berderet di laman,

Mata iri hati keliru.


Assalamualaikum Tuan,

Tersusun indah kata di iklan,

Dijanjikan isi pelbagai harapan,

Dicepatkan ucapan akhir minit delapan.


Assalamualaikum Tuan,

Terima kasih atas usahamu.

Kutidak marah atau benci padamu,

Namun masjid juga pilihan hatiku.


Farah Adibah