Selendang Kewanitaan

saat disingkap selendang akan terlihat sisi-sisi keTuhanan rahimnya menerima hembusan malaikat tapak kakinya ada syurga. kami cuba berjalan kepadaMu sebagai wanita yang menanggung rahim yang kosong agar diisi bait-bait makrifat sebagai hamba yang menyerah dan menerima tanpa membantah kata dan melawan kerana yang zahirnya lemah itu jua mampu melahirkan bayi bercahaya sebersih kain putih fitrah keinsanan. tersingkaplah selendang Hawa setiap deraian air mata itu jalan mengenalMu. Khairool Haque diubah suai daripada puisi yang terkandung dalam Kumpulan Puisi ‘Iftitah’ (2019)