Selamat Hari Jadi

Bukan kerana agama

kerana agama tak membenci.

Bukan kerana cinta

kerana cinta tak menyakiti.

Kenapa aku yang dijadikan mangsa

bagi kebencian dan kutukan.

Ibarat hidup peribadi

tak lagi milik aku sendiri.

Hari yang istimewa

dijadikan saat yang terburuk -

keluarga yang terpisah;

dipaksa tinggal rumah.

Kenapa aku patut dengar

kata-kata yang mengancam?

Hidup yang aku diberikan

bukan untuk kau membahayakan.

Siapa yang aku cinta

bukan untuk sesiapa tentukan.

Setakat kewujudan kami bahan

untuk masyarakat mengugutkan.

Berpecah-belah isu

tentang kebebasan untuk mencinta.

Perdebatan yang tidak berakhir

Tak akhir juga senarai mangsa-mangsa jenaya kebencian.

Sangatlah aku ingin percaya

air yang dicincang tidak akan diputus.

Namun aku masih mengingat

setiap kali aku dipukul dan dihina.


Avery