Sayang Seribu Sayang

Sajak ini memberi pembaca sebuah gambaran tentang sifat-sifat yang ada dalam orang-orang Melayu kita. Dengan pembangunan bangsa Melayu, ramai Melayu berpecah-belah berdasarkan pemikiran masing-masing.


Penulis memberi gambaran yang manusia itu ibarat watak-watak dalam sebuah pementasan wayang. Dia menggunakan watak-watak tersebut untuk menunjuk perbezaan antara pemikiran masyarakat Melayu. Saya percaya tujuannya adalah untuk menasihati bahawa seperti wayang-wayang yang dipentaskan, orang-orang Melayu juga di pentas yang sama. Walaupun hidup dan kesusahan masing-masing tidak sama, setiap manusia mencari makna hidup dalam pentas yang sama.


Pertama, kritikan terhadap golongan cendekiawan (yang terpelajar, yang intelektual). Walaupun mereka yang sepatutnya memahami betapa kompleksnya masyarakat Melayu, mereka yang senang mengkritik. Kritikan mereka itu, bukan berniat untuk membina bangsa, tetapi untuk merendahkan orang lain. Pada Disember 2019, sebuah artikel ditulis Taufiq Rozaini dimuat naik laman web RiceMedia dan dalam esei tersebut, dia mengatakan bahawa dia tidak beberapa melihat dia sendiri seperti orang-orang Melayu di sekelilingnya. Dia memahami yang dia membesar dalam keluarga yang lebih berkemampuan, dan keluarganya itu tidak seperti keluarga Melayu yang biasa. Dalam beberapa hari, artikelnya disebarkan media sosial dan respons khayalak ramai tidak baik. Mereka yang terpelajar (dan berpengaruh) juga ikut dalam kritikan tetapi kritikan itu terhadap Encik Taufiq, mengutuknya kerana menurunkan bangsa. Walaupun dua-dua belah mempunyai hak untuk mengkritik, mereka patut mehamami tanggungjawab setiap individu supaya mempengaruhi orang lain untuk berfikir dengan lebih rasional, demi pembangunan masyarakat Melayu. Sebarang kritikan yang tidak dipimpin dengan pelajaran atau tindakan, ibarat kanak-kanak yang merengek untuk perhatian.


Kedua, kritikan terhadap golongan yang mempermainkan bangsa Melayu. Frasa “I Malay” sering digunakan untuk menghina orang Melayu, dengan mengaitkan kita dengan kebodohan dan kekurangan intelek. Memang sering menjadi pemikiran orang yang orang Melayu tidak bagus dalam pelajaran Matematik, pemalas dan miskin. Kenapa orang fikirkan frasa ini kelakar, saya tidak pernah dan tidak akan saya memahami. Menolak stereotaip ini amat susah terutama sekali apabila orang Melayu kita sendiri menggunakan pemikiran “Melayu Malas” untuk membuat lawak atau merendahkan orang lain. Tetapi kini, ramai orang Melayu yang menjadi golongan yang berpengaruh dan yang menyumbang kepada masyarakat. Fikiran “Melayu Malas” tidak pernah betul dan tidak pernah disokong sains tetapi setakat pemikiran taksub untuk memburukkan imej orang Melayu.


Ketiga, kritikan terhadap golongan Melayu yang senang cemburu dengan kejayaan orang Melayu lain. Satu situasi di mana “Melayu makan Melayu”, adalah fikiran untuk mengotorkan kemajuan orang Melayu lain dengan menggunakan sihir hitam. Niat mereka adalah untuk merosakkan perniagaan Melayu lain supaya orang lain tidak maju. Mereka melihat kemajuan orang lain seperti hinaan kebolehan mereka. Pertandingan yang tidak wujud ini, menyebabkan mereka yang terdesak untuk berpaling kepada pakar-pakar ilmu hitam, seperti bomoh. Kelakuan ini berdasarkan pemikiran yang kejayaan orang lain sebuah ancaman bagi kejayaan kita.


Penulis ingin mengajar pembaca yang dengan wujudnya sifat-sifat ini di dalam masyarakat Melayu, ada baiknya dalam mempelajari kenapa fikiran-fikiran ini ada dan apa yang boleh mereka mengajar kita tentang langkah-langkah seterusnya untuk kita maju. “The chain is only as strong as its weakest link”, kaum Melayu wajar bekerjasama untuk memahami masalah satu sama lain. Dengan demikian, kita boleh mengeratkan perhubungan bukan sahaja untuk mengenal pasti cara untuk menolong mereka di sekeliling kita, juga itu adalah kelakuan yang berperikemanusiaan.


Oleh Avery