Rebung

bersimpuh di depan guru

kita menjadi rebung yang

sedia dilentur kerana

keras hati hanya

melemas diri.


ramai yang bersimpuh

tanpa dilentur tidak

rela dibentuk hanya

membiar waktu

meluncur angin

berhembus tanpa

bekas yang menapak

jejak perjalanan.


akhirnya, kita hanya

menjadi buluh buruk

yang mereput patah

dipijak binatang.


Khairool Haque

daripada himpunan puisi

Anak Waktu Belajar Diam

bakal terbit September 2020