Puisi Ibumu: Watikah buat si Anak

Sajak bebas yang dikarang oleh seorang ibu untuk anaknya. Perasaan yang bergejolak dalam diri seorang pelajar yang harus mengimbangi pelajaran, kehidupan, rumahtangga dan juga menguruskan anak boleh dirasakan melalui karya ini.


Tulisan ini seakan-akan seperti wasiat kepada anaknya pada satu hari nanti apabila anak itu sudah dewasa. Penulis berasa bersalah kerana tidak mampu untuk memberikan segalanya atau yang terbaik kepada anaknya kerana kesibukan yang sedang dialami. Namun, ada detik harapan terhadap anaknya yang merupakan kebahagiaan dan juga semangat bagi penulis untuk meneruskan hidup.


Pengorbanan seorang ibu itu juga boleh dirasakan dan diamati melalui karya ini. Pengorbanan tenaga fizikal, perasaan dan akal fikiran boleh dilihat menerusi bait-bait yang ada. Mungkin diharapkan bahawa anaknya akan menjadi seorang yang cemerlang dan boleh membanggakan ibunya satu hari nanti dan dapat memaafkan segala kesilapan serta kekurangan seorang ibu.


Oleh Khairil Bahri