Pejam Celik Sepasang Mata

sepasang mata


sebelum kubuka ia terbuka

sebelum kututup ia tertutup


siapa di dalam membukanya

siapa di luar menutupnya


yang terbuka sampai bila?

yang tertutup adakah selamanya?


apa esok ia 'kan terbuka lagi

ketika matari tumpah

terpercik ke daun jendela


Karim Mohd



Citra puisi ini ialah mata. Mata digunakan untuk menceritakan sesuatu yang lebih mendalam iaitu kehidupan. Ia menggambarkan betapa singkatnya hayat dan masa seseorang itu seperti mata yang pejam celik pejam celik maka tidak menyedari masa berlalu pergi. Kita boleh gunakan tahun 2020 sebagai contoh. Tahun 2020 sudah berlalu dengan pantas sekali. Ini menunjukkan bahawa masa itu sangat singkat. Kita harus menghargai masa yang ada di dunia ini. Kita boleh memulakan dengan mencatatkan azam-azam bagi tahun 2021 supaya pada tahun baharu akan datang kita jadi lebih terpandu ke arah yang ingin dicapai. Sesungguhnya, masa yang terbuang tidak dapat kita kembalikan.


Nurhadi Bin Abdul Rahman