Pangkah

Pangkah salah tak pangkah salah,

Takut periuk lubang berpecah,

Cakap salah tak cakap salah,

Teriak susah tapi tak endah.


Pangkah sini tak pangkah sana,

Takut goyang duduk bersila,

Cakap sini tak cakap sana,

Tunggu lagi tidak ke mana.


Pangkah bawah tak pangkah atas,

Takut atas untuk melintas,

Cakap belakang tidak beralas,

Tiba di depan lenyap sekilas.


Habis pangkah kilat menyambar,

Hujan batu kena kepala,

Hairan asik terkena mata,

Hujah membisu memekak telinga.


Khairil Bahri

18 Julai