Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga

Sekecil zarah sehalus hama Mencari badan mencari nyawa Sejenak hinggap sebentar sahaja Menyapa sentuh menusuk rongga Luluh dada tenggelam rasa Terkapai nafas mencakar angkasa Lelah jantung degupan seksa Terhenti jasad menghilang jiwa Yang sihat terselamat Bersahaja meneroka rimba Yang sakit tergugat Berdebar menunggu berita Tidak perlu ribut taufan durjana Menjatuhkan raja yang menggila Tidak perlu halilintar gempa Melumpuh kota yang bersila Bergegar dunia kerana senila Tercabar kuasa harta pusaka Bergegas mereka cari hala Terpinggir miskin papa kedana Di atas buta tutupkan mata Di bawah konon pandai semua Di kanan ajar telunjuk Pencipta Di kiri konon ikuti agama Keluar semua hama manusia Masuk senila ke dalam jiwa Keluar keji dusta nestapa Masuk tubuh jiwa derita Senila sehama sezarah segala Panggil apa semuanya sama Manusia tak nak henti seketika Sayangkan dunia nyawa merana Dunia tenat akibat kita Dunia nak kiamat mereka berkata Dunia apa maksud semua? Dunia siapa milik sebenarnya? Di saat tumpas rakyat jelata Terkapai-kapai mencari kata Sedapkan hati sejukkan mata Kononnya selamat kita di kota Biar betul anda duduk di bumbung? Tak hirau di kolong sedang bersabung Biar betul engkau kita dilindung? Tak terkejut jika engkau sudah berkabung Memang kaya dapat dirawat Memang muda dapat menyekat Tapi engkau tahu tua tergugat Tapi engkau tahu tenat terjerat Kenapa masih kita leka Pergi sekolah pergi bekerja Kenapa tak guna sedia ada Punah tinggi ilmu bangga Siapakah kita hanya senila Hanya berbisik hanya berkata Hingga bertekak hingga ketawa Dalam alam maya berani sahaja Sudah dengar sahaja kata mereka Ikut sahaja perintah mereka Jalankan amanah buat mereka Sama-sama kita mereka Jika kiamat kerana senila Memang padanlah muka kita Jika ini terakhir kita berkata Mungkin kita diberi masa

Khairil Bahri