Muzium

Muzium

Peralihan masa

Peralihan zaman

Peralihan kuasa


Identiti dibentuk sejarah?

Identiti membentuk sejarah?

Sejarah menjarah realiti hakiki!


Apa yang diselindungi

Artifak pusaka bangsa

Di balik peti kaca berhawa

Pinjaman tak bersuara


Masa rakaman sejarah

Kesahihan berkeluh-kesah

Masa rakaman tipu helah

Manusia yang berkuasa


Safiyah Salmi

14.04.2017