Memori Anak

anak bermata coklat berambut hitam bermuka bulat berpipi tembam Daniel insan bak manikam didera dianiayai tangisan rayuan hari demi hari tahan menahan akhirnya semua terhenti walaupun lamanya hampir sebulan ibu kejam! menendang menghentak sehingga tubuh lebam sehingga tulang rusuk retak tapi ibu hanya berdiam kerana tahu Daniel anak jinak akibat hidup dilokap malangnya kali pertama ayah mendakap itu juga kali terakhirnya wajah anak lama ditatap kini pucat tidak bernyawa


Nurul Fazilah


Puisi ini berdasarkan kisah tragedi Allahyarham Mohamad Daniel Mohamad Nasser yang berlaku pada tahun 2016. Allahyarham Daniel meninggal pada usia dua tahun.