Limpah Kurnia Azam yang Mulia

Ucap selamat tahun baru

Yang buruk tinggal dahulu

Yang baik terus memburu

Dengan semangat yang jitu


Kekal tawakal membawa bekal

Biarlah amal jangan terbatal

Hanya kerana yang lalu menyesal

Harus Kekal semangat yang kental


Hidup susah itu nikmat

Hidup senang pun nikmat

Tiap-tiap ada hikmat

Adakah orang yang melihat?


Lambat awal ada mula

Usah biar putus usaha

Terus maju menghala

Membina abadi senggeraha


Tiap-tiap yang terbenam ada terbit

Tiap-tiap yang ditanam ada ganti

Tiap-tiap yang pergi ada yang datang

Nikmat baru adakah perhati?

Tiap-tiap yang luas ada yang sempit

Tiap-tiap yang palsu ada yang jati

Tiap-tiap yang tuah ada yang malang

Tiliklah mana yang bermata hati


Sucikan diri jagalah bumi

Dari bencana menjilat menenggelami

Musim salji panas luruh semi

Sifat bertanggungjawab jadi resmi


Surah Rum ada ingat tegah

Dosa manusia bumi musnah

Mungkar lebih bala musibah

Ar-Rahman rahmati kurang berkah


Mula teguh kehendak azam

Lawan nafsu agungkan yang Satu

Allah tunggu siang malam

Hamba kembali tiap waktu


Mulakan dengan kain putih

Mula kumpul bunga diruntih

Mula kumpul pelepah dirintih

Hendaklah hidup dengan gigih


Mudah-mudahan baik kesudahan

Mudah-mudahan ada kemudahan

Mudah-mudahan sentiasa kehujanan

Berkat yang tidak kehabisan


Muhammad Zakir Karamy

Batrisyia Binte Kamal Baharim