Lalai Sedetik

Awan gelap menyelubungi, biarpun jendela ditutup dikunci, titisan air tetap membasahi, dentuman guruh tetap didengari. Jemuran diangkat, unta diikat. Kerana sabar bukan mengeluh, bukan mencemuh. Kerana tawakal bukan berdiam, bukan bermuram. Di sebalik awan derita, menanti lengkungan pelangi. Di sebalik sekatan merana, hanyalah suatu ujian Ilahi. Bersabarlah dalam ketaatan. Berdoalah dalam keperitan. Bertawakallah dengan keimanan. Berihsanlah dengan insan. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana lalai sedetik, retak satu negara. Shafie Hussein