Kemanisan Cinta Lolipop

Cinta Lolipop

Bila rindu cuma kandi strawberi

nikmat sekadar dicicip seminit

kalau janji hanya aiskrim kon

manisnya cair di mulut suam


Hati yang tak mahu dewasa

selalu murah dibeli penggoda

kerana cinta sekerdil semut

Memang senang digula-gula

Ramzah Dambul


Puisi ini menggambarkan tentang cinta manusia yang hanya sementara. Meskipun manusia berasa seronok menikmati rasa manisnya cinta ibarat merasai manisan, kadangkala manusia mudah terpedaya dengan cinta manusia. Sememangnya, yang kekal hanyalah cinta kepada yang Maha Esa. Malah, puisi ini juga mungkin boleh diinterpretasikan daripada lensa yang berbeza iaitu tentang perjuangan manusia melawan nafsu yang membakar diri.


Nur Afiqah Hassan