Kau dan Aku

Diam!

Cukup.

Jangan kata apa-apa lagi.


Cukuplah!

Tak serikkah kau?

Cemari sanubari orang lain


Jangan!

Berhenti.

Sampai hati

kau suruh aku

rayu kepadaNya

untuk mengambil nyawaku

supaya tak sakit lagi.


Tolong...

Bantu aku

bendung fikiran

yang bukan-bukan ini.


Kaunselorku kata

Aku boleh kawal kau,

fikiran yang bukan-bukan.

Jangan kau kawal aku lagi!


Bernafaslah...

Tariklah nafas yang panjang.

Tenang.

Sabar.


Aku boleh kawal kau.

Aku boleh kawal kau.

Tenang.

Sabar.


Diam!

Cukup.

Jangan kata apa-apa lagi...


Shafizah Johan