Kasih Sayang

Beginilah kasih sayang

Lelah menunggu

Perit merindu

Namun jika engkau tanyaku

“Mahukah engkau lenyapkan segala rindu?”

Akan ku jawab, “TIDAK!”

Kerana rindu itu tanda

Hadirnya sang kekasih

Di dalam lubuk hatiku

Kerana rindu itu tanda

Hidupnya kekasihku

Di dalam mindaku.

Kerana akarnya rindu

Adalah kasih sayang padamu

Biarlah ku letih

Biarlah ku merintih

Biarlah air mata tetap berderai

di tengah malam

Tidakku ingin rasa rindu ini hilang.


Nurul Aini Binte Ithnin