Jurang Generasi

Zaman nenek zaman purba

Nilai lama tak lagi senonoh

Nilai baharu terbitnya sudah

Anak muda menjadi pelopor


Generasi lama membanting tulang

Hidup mati mencari nafkah

Anak muda pilih hidup seimbang

Terus mendesak faedah pekerja


Generasi lama hormat dan turut

Tak mencabar, tak memberontak

Anak muda ringannya mulut

“Pendapatku penting, aku berhak!”


Generasi lama kolot fikirannya

Warga asing dihalau pergi

Anak muda liberal dan terbuka

Pembaratan hebat akibat globalisasi


"Ok boomer!" diperli ditawa

Ungkapan mengetepi mengherdik

Boomer tak sepandai anak muda

Boomer tak rela dididik



Siapa yang perlu lebih berusaha?


Jurang generasi wujud sentiasa

Tiada satu generasi mendahului

Pengalaman kohort menjadi pembeza

Kearifan setiap satu tunggu disedari


Nurul Fazilah