Janji Melayu

“Biasalah, janji Melayu”

Mereka angguk, bersetuju

Terpaksalah berjam-jam menunggu

Yang tidak menghormati waktu


Dibalas “Aku on the way!”

Walaupun masih telentang

Tatal-menatal di atas katil

Sudahkah nilai timbang rasa hilang?


“Insya Allah tak janji”

Ungkapan yang ku keji

Jangan kerana tidak ingini

Kau salah gunakan ukhrawi


“Aku bayar balik, aku janji”

Terdesak, pipi dibasahi

Berbulan-bulan sunyi sepi

Diminta bayar, mengira pula dicaci


Janganlah kerana nilai Melayu

Sabar, rendah diri, bersatu padu

Janji dijadikan bahan dicemuh

Sedarlah, janji Melayu bukanlah layu


Janji itu suci

Isi harapan dalam sanubari

Tunaikan amanah, tulus hati

Semoga sentiasa dipercayai


Shafizah Johan