Harapan

Pintu rahmah diminta dibuka. Tatkala langkah menghiasi gerbang lapangan syurga. Pujaannya bukan kepalang. Pagi siang malam. Sesekali diseret duka lara. Sesekali digendong rintihan dunia. Sesekali dijunjung harapan pahala.


Wajahnya disapu dibersih, harapan bercahaya bersinar. Tangannya dikesat dibersih, harapan dibuang segala buatan fasiq. Ubunnya dibasah dibersih, harapan saqar dijauhkan. Kakinya digosok dibersih, harapan jejak langkah diredhai.


Begitunya harapan dibawa menghadapi. Si pembohong, si bakhil, si pemarah, si pencaci, si pengkhianat. Insan.


Selesai satu antara lima, sedialah insan meneruskan kerja dunia. Langkah meniti hamparan suka dan duka.


Shafie Hussein