Di Garisan Ini

Di garisan ini

aku berhenti

membiarkan fikiranku berlari

tanganku menari

hatiku setengah mati


Di garisan ini

harusku memilih

terus berpegang pada tali

atau paksa diri

melangkah ikut naluri

yang sudah lama mendesak

dalam kesakitan yang menusuk

semakin hari semakin mendalam


Di garisan ini

jalannya mungkin berakhir

biar kini dalam kekaburan

yang di hadapan

mungkin jua bertemu jalan


Di garisan ini

aku sendiri

masih terasa tajamnya duri

tapi harus kuredhai

dalam genggaman tawakkal kepada Ilahi


Nurain

Bukit Panjang & Jurong West, 2019-2020