Cinta? Beban.

Beban


Cinta itu seperti satu beban yang menggembirakan

Berat-penat, sakit-perit dan senyum-senyuman


Fazleena Hishamuddin


Puisi ini memaparkan kebenaran cinta sejati iaitu keindahan dan juga keperitan yang dirasai oleh mereka dalam lamunan cinta. Pasang surut kehidupan berlaku walaupun dua orang itu dilamun cinta kerana penyatuan dua jiwa tidak bermakna ia menjadi satu, tetapi ianya percubaan yang berterusan untuk menyesuaikan kehidupan masing-masing untuk menerima cacat-cela pasangan mereka. Walaupun dua orang yang berpasangan mempunyai perbezaan perwatakan yang ketara, ianya boleh membawa rasa suka yang mengghairahkan, yang kadangkala juga menjadi punca kebencian. Begitulah cinta, indah tapi beban.


Siti Sabarina Bte Jaini