Apabila ditanya...?

Apabila ditanya tentang jiwa

Berdetik jantung dalam awangan

Genggaman erat setiap kata

Ungkapan dalaman ingin diluahkan


Apabila ditanya tentang hati

Pentingnya menyemai inti pati

Kekal dicari kekal diberi

Berlagu menari hari demi hari


Apabila ditanya tentang minda

Bergeliga ia mencari ilham

Berfikir bertutur menyuarakan rasa

Menyuluh pelita di dalam kelam


Apabila ditanya tentang sanubari

Keikhlasan menjadi pegangan diri

Jiwa berharap minda menguji

Hasil karya dari lubuk hati


Siti Rezkiah