ayah

oh ayah

tatkala engkau menerima berita

wujudnya lagi seorang cahaya mata

tambahnya pembawa nama keluarga

ciptaan Tuhan yang serba sempurna

agaknya apa yang bermain di minda?


oh ayah

sewaktu anak pulang kegirangan

pencapaian sekolah di tangan

yang kemudiannya dijadikan hiasan

atas doronganmu yang berkesan

rasanya apa yang menyelubungi perasaan?


oh ayah

apabila harta duniawi menyambar hati

bekerja siang malam tanpa henti

memastikan meja makan disajikan roti

perhatian pada anak diletakkan tepi

mungkin apakah yang menemani sanubari?


oh ayah

ketika hubungan keluarga kian membeku

daun-daun perbualan semakin layu

anak sibuk mengejar impian nafsu

hingga lupa akan ayah dan ibu

barangkali apa yang menusuk di kalbu?


Nurul Fazilah