9 Kelantan Lane

Kau seperti aku

Kenapa aku anggap kau berdosa

Hidupmu tak begitu berbeza dari aku

Jenazah pun ditimbun tanah

Aku melihat kau dengan benci

Meski kutahu penyakit itu bukan kau

Berulat mataku melihat

tanpa memahami

Anggapanku kau kotor

tak pernah disokong pakar

Manusia mana bebas dari kesakitan?

Namun kata-kataku selalu kau dengar

Sains menyokong idea U=U

Tapi telinga dan hati sengaja ditutup

Ilmu meninggi, manusia tetap tertinggal

Ke arah mana kita pergi, jika manusia tetap bebal

Aku percaya manusia penuh dengan cinta

Setiap manusia penuh dengan rahsia

Siapa kita untuk menghakimi

Maruah dan kisah orang kita tak kenali

HIV bukan hukuman mati

juga bukan hukuman dari Ilahi

Setiap insan layak kehormatan

Kesempurnaan bukan hak kita untuk tentukan

Avery