KB logo for posters.png

Kalimah Baiduri

Sang Rajawali di langit nan biru;

Hinggap di dahan pokok bidara,

Kami kembali berwajah baharu ;

Tetap bertahan bahasa dan sastera.

Setelah dua tahun Kumpulan Karyawan Melayu NTU-NIE (KKMNN) diasaskan dan dibangunkan, sudah tiba masanya bagi kumpulan bahasa ini menerima wajah baharu.  Perubahan nama kumpulan ini terdorong oleh semangat dan azam untuk terus mendekatkan bahasa dan sastera Melayu kepada golongan mahasiswa-mahasiswi Melayu NTU-NIE. Maka itu, terbitlah nama baharu bagi kumpulan kami iaitu Kalimah Baiduri.

Kalimah merujuk kepada kata-kata. Kata-kata sesuatu yang tidak asing dalam kehidupan manusia yang berbahasa dan berilmu. Baiduri pula merujuk kepada sejenis batu permata yang berharga. Dengan menggabungkan kedua-dua perkataan ini, ia mencerminkan azam kami untuk mendalami ilmu yang baharu lagi bermanfaat.